Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui media selepas Program Jelajah Usahawan Digital Selangor siri ketiga di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 19 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Penjawat awam, sistem perkhidmatan bergerak ke transformasi digital – MB

AMPANG, 19 SEPT: Kerajaan Negeri komited mempersiapkan pejawat awam dan sistem perkhidmatan ke arah transformasi digital untuk memenuhi dan mencapai visi negeri pintar menjelang 2025.

Dato’ Menteri Besar berkata pelaksanaan latihan dan program pembangunan menerusi medium berkaitan memberi impak positif terhadap rakyat khususnya usahawan.

“Kita bukan baru bermula (transformasi digital) sebaliknya sedang rancak ke arah itu lebih-lebih lagi pandemik Covid-19 yang ternyata memberi peluang untuk mencuba kaedah digital ini.

“Namun, kerja masih perlu dibuat dan banyak lagi tugasan perlu dilakukan secara berperingkat untuk mendigitalisasi bukan hanya komuniti tetapi pegawai kerajaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada media selepas merasmikan program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 Siri Ketiga di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Program Jelajah Usahawan Digital Selangor siri ketiga di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 19 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100.7 juta untuk industri digitalisasi bagi mengimbangi pentadbiran ketika penularan Covid-19.

Digitalisasi membabitkan e-pembelajaran, Selangor Advance dan Inisiatif Digital Selangor Grab yang membuka peluang pekerjaan serta menjaga kebajikan pekerja sedia ada.


Pengarang :