Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani plat perasmian pejabat penyelaras DUN Gombak Setia di Dewan Beringin, Sri Gombak pada 16 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Penyelaras DUN Gombak Setia berazam bantu rakyat miskin, atasi isu setempat

SHAH ALAM, 22 SEPT: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia boleh mendapatkan pelbagai bantuan mahupun menyampaikan aduan melalui pusat khidmat rakyat DUN berkenaan.

Bertempat di Dewan Beringin, Jalan SG1/1, Taman Sri Gombak, Batu Caves, penyelarasnya Abdul Rahim Kasdi sedia memberi perkhidmatan kepada segenap lapisan rakyat.

Beliau yang dilantik pada minggu lalu turut menubuhkan kumpulan khas bagi menjejak golongan berpendapatan rendah untuk mengagihkan bantuan termasuk makanan, minyak dan gula.

“Sebagai penyelaras, saya akan memastikan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama terjamin manakala segala bentuk bantuan sampai ke tangan mereka yang layak,” katanya.

Abdul Rahim juga berusaha untuk mengatasi masalah banjir kilat akibat hujan lebat di beberapa kawasan yang sudah dikenal pasti.

“Masalah ini akan cuba diatasi sebaik mungkin demi kebaikan semua pihak,” katanya lagi.

Ada tujuh kampung tradisi dalam DUN berkenaan.

Pusat khidmat itu boleh dihubungi melalui talian 03-61783170.


Pengarang :