Petugas Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat mengambil sampel cecair mulut dan hidung penduduk setempat yang hadir membuat saringan Covid-19 di Taman Langat Murni, Kuala Langat pada 4 Jun 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Perangi Covid-19, RM627.1 juta disalur kepada KKM

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Kementerian Kewangan telah menyalurkan sejumlah RM627.1 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 28 Ogos, 2020, dalam usaha untuk meningkatkan keupayaannya memerangi pandemik Covid-19.

Beliau berkata, Ini merupakan peningkatan daripada RM515.0 juta yang disalurkan setakat minggu sebelumnya.

“Pembendungan pandemik Covid-19 adalah faktor kritikal dalam pemulihan ekonomi,” katanya dalam laporan Laksana ke-20 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semua Ekonomi Negara (Penjana) yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

Di bawah pakej rangsangan Prihatin, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1 billion untuk program pembendungan penularan pandemik tersebut bagi membiayai pembelian peralatan perubatan, peralatan perlindungan diri (PPE), dan keperluan makmal untuk saringan Covid-19.

– BERNAMA


Pengarang :