EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim dalam temubual eksklusif bersama SelangorKini di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Perintah berhenti kerja jika kontraktor cuai – Ir Izham

SHAH ALAM, 25 SEPT: Kerajaan Negeri tidak teragak-agak mengeluarkan notis perintah berhenti kerja sekiranya terdapat kontraktor cuai dalam projek pembinaan jalan raya.

EXCO infrastruktur dan kemudahan awam berkata ia susulan kejadian bahan binaan termasuk menara kren runtuh sehingga mengakibatkan kemalangan terhadap orang awam baru-baru ini yang tidak boleh diterima ketika kerja pembinaan atau penyelenggaraan dilakukan.

“Kecuaian pihak kontraktor akan diambil tindakan tegas, urusan Pelan Pengurusan Trafik perlu dipatuhi. Keselamatan pengguna jalan raya sangat penting dan diberi keutamaan.

“Saya mengesa supaya pihak berkaitan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya, mereka juga perlu memastikan warga kerja dan sub kontraktor mematuhi piawaian serta menjaga peralatan juga fasiliti dalam keadaan baik,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini.

Pada 19 September lalu, seorang wanita cedera apabila satu bongkah konkrit pembinaan Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) di sini jatuh menghempap kereta dinaikinya.

Keesokannya pula, kereta dipandu seorang wanita lain ditimpa besi menara kren yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan SS2/24 di Petaling Jaya.


Pengarang :