Sebuah pesawat penumpang Boeing 777 membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto AFP
AGENDANASIONAL

Perlu tunjuk surat tawaran, pelajar dibenar ke luar negara

SHAH ALAM, 15 SEPT: Pelajar hanya perlu menunjukkan surat tawaran tanpa perlu mendapatkan kelulusan permohonan Jabatan Imigresen Malaysia jika ingin ke luar negara.

Menteri kanan (keselamatan) berkata kebenaran itu hanya diberikan untuk tujuan menyambung pelajaran atau mendaftar sebagai pelajar baharu sahaja.

“Hanya dihadkan dua orang pengiring sahaja,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan pelajar dan pengiring yang pulang ke Malaysia perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan belum bersedia membuka pintu sempadan negara berikutan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa di seluruh dunia.

Setakat ini keputusan Kerajaan untuk tidak membenarkan warga asing masuk ke negara ini kekal kecuali bagi kategori tertentu.


Pengarang :