AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pertandingan Logo Belanjawan Selangor 2021 dilanjut sehingga 25 September

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pertandingan mencipta Logo Belanjawan Selangor 2021 yang sepatutnya tamat hari ini dilanjutkan sehingga Jumaat selepas menerima sambutan menggalakkan.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh melayari www.amirudinshari.com/selangor2021-pertandingan.

 

Pada 3 September Kerajaan Negeri mempelawa pereka grafik tanah air mempamerkan kreativiti dengan menyertai pertandingan mencipta Logo Belanjawan Selangor 2021.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pertandingan tersebut mencerminkan prinsip Kerajaan Selangor yang bersikap inklusif dan menggalakkan penglibatan awam, terutamanya minda kreatif demi citra terbaik Belanjawan Selangor 2021 dalam bentuk visualisasi logo.

Pemenang pertama bakal menerima komputer riba MacBook Pro 13” manakala iPad Pro untuk pemenang kedua dan pemenang ketiga membawa pulang iPad Gen 7.

Pertandingan diadili oleh juri terdiri pakar penjenamaan, pereka grafik dan artis visual Malaysia tersohor manakala penghakiman berteraskan konsep dinamik dan kontemporari, selari dengan objektif belanjawan.

Belanjawan Selangor 2021 akan dibentang pada 30 Oktober di Dewan Negeri Selangor bermula jam 3 hingga 5 petang.


Pengarang :