Penduduk mendapatkan bekalan air dari tangki Pusat Khidmat Setempat (PKS) Air Selangor di Seksyen 4, Shah Alam pada 4 September 2020 berikutan gangguan bekalan air. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pili awam ditambah, bekalan pusat khidmat beroperasi 24 jam (senarai lokasi)

SHAH ALAM, 4 SEPT: Bagi memudahkan orang ramai mendapat bekalan air, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menambah pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) setempat dari masa ke semasa yang beroperasi selama 24 jam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata pengguna disaran mendapatkan bekalan air di dua lokasi itu hingga bekalan pulih sepenuhnya yang dijangka mengambil masa beberapa hari.

“Bantuan bekalan air juga akan terus diagihkan melalui lori-lori tangki. Sementara lokasi pili-pili awam telah ditambah dari masa ke semasa bagi membantu para pengguna mendapatkan bekalan air alternatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 78 lori tangki, 22 lori tangki besar, 54 tangki statik, 18 pusat khidmat setempat, lapan pili air awam disediakan untuk menyediakan air di tujuh wilayah terjejas.

Beliau turut menegaskan Air Selangor memandang serius isu pencemaran itu yang menyebabkan henti tugas melebihi 24 jam dan proses pemulihan dijangka berlaku lebih lama.

“Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 masih belum dapat beroperasi semula, ia akan hanya beroperasi jika bacaan sifar TON (Nombor Bau Nilai Ambang) diperoleh sebanyak tiga kali berturut-turut,” katanya.

Apabila mula beroperasi, pengguna dijangka mula menerima bekalan air selewat-lewat awal minggu depan.

Mulai pagi semalam, wilayah bekalan air di Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan tidak berjadual selepas empat LRA di negeri ini terpaksa dihenti tugas.

Gangguan itu melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang-Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Berikut senarai pili awam dan PKS yang wilayah terjejas:

Petaling:
PKS:
-Kota Damansara (Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Nuri, Seksyen 7)
-Sungai Buloh (Jalan Kubu Gajah, Taman Seri Buloh, U19/1A)
-Taman Bukit Kuchai (Jalan 23, Taman Bukit Kuchai)
-PJS (Jalan PJS 1/25 (berdekatan gelanggang futsal)
-SS13 Kompleks 3K

Pili awam:
-Taman Wawasan (koordinat: 3.033111,101.619235)
-Jalan USJ 2/2G
-Berdekatan depoh MPSJ Jalan TP2 Taman Perindustrian Subang UEP Subang Jaya
-Di tepi jalan USJ 1/3 Persiaran Subang Mewah Subang Jaya

Gombak:
PKS:
-Persiaran Kenanga, Bandar Seri Damansara
-Jalan 23/56, AU3 Keramat
-AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai

Pili awam:
-Lembah Jaya Selatan (koordinat: 3.139853,101.783995)
-AU3, Keramat (koordinat: 3.179890,101.753372)
-Jalan 10, Taman Greenwood (berhampiran Shell)
-Jalan Seri Wangsa 2, Villa Wangsamas
-Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu
-Jalan Mutiara 6, Taman Selayang Mutiara

Kuala Lumpur:
PKS:
-Parkir Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim
-Sebelah padang bola Hospital Kuala Lumpur, Lorong Raja Muda Abd Aziz, Kuala Lumpur

Pili awam:
-Kuaters Jabatan Kerja Raya Sungai Besi
-Padang Merbok (koordinat: 3.136033,101.442285)

Klang:
PKS:
-Masjid As Saadah Bandar Sultan Sulaiman, Lingkaran Sultan Abd Samad 2
-Taman Rekreasi Bandar Parkland, Jalan Delima
-Taman Rakyat, Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas
-Masjid Umuriah, Jalan Kebun Baru, Kapar
-Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sungai Gapis 27/711
-Pusat Khidmat Ahli Majlis, Jalan Durian 4/1, Seksyen 4, Shah Alam
-Masjid Umuriah, Jalan Kebun Baru, Kampung Perepat, Kapar

Pili awam:
-Persiaran Setia Murni, Setia Alam (koordinat: 3.1066463,101.4519469)
-Jalan Kenangan, Pekan Meru (koordinat: 3.136033,101.442285)
-Jalan Zapin 2, Bandar Bukit Raja (koordinat: 3.081177,101.446259)

Kuala Langat:
PKS:
Tiada

Pili awam:
-Jalan Gangsa, TPG (koordinat: 2.921080,101.473738)
-Jalan Waja, TPG (koordinat: 2.919607,101.466638)

Kuala Selangor:
PKS:
-Stadium Kuala Selangor

Pili awam:
-Stesen bas Tanjong Karang

Hulu Selangor:
PKS:
Tiada

Pili awam:
-Jalan utama depan Ambank Kampung Lee Kim Sai
-Ruang parkir Pejabat Penghulu Taman Jati Rawang


Pengarang :