Keberangkatan tiba DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sempena acara penutup kayuhan Selangor 600: Our Community, Our Home di Perkampungan Budaya Mah Meri Pulau Carey, Kuala Langat pada 12 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Raja Muda sertai berbasikal Selangor 600, bantu petugas hadapan

KUALA LANGAT, 12 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis penutup program berbasikal Selangor 600: ‘Our Community, Our Home’ sempena sambutan Hari Malaysia 2020.

Baginda tiba sekitar jam 11 pagi di Perkampungan Budaya Mah Meri, Pulau Carey bersama tiga pelumba basikal iaitu Mariana Mohammad, Adila J Sam dan Agnes Lim selepas menamatkan kayuhan sejauh 80km.

Anjuran Organisasi Selangor Youth Community (SAY), kembara menggunakan format berbasikal diilhamkan Tengku Raja Muda berlangsung selama lima hari bermula 8 September lalu dan berakhir hari ini bertujuan untuk memberi bantuan kepada petugas hadapan dan golongan memerlukan di sembilan daerah di Selangor.

Sepanjang 600km berbasikal, tiga pelumba berkenaan menyelusuri kawasan Sekinchan, Bukit Fraser, Kuala Lumpur, Sepang dan berakhir di Perkampungan Budaya Mah Meri.

Selain itu, mereka turut mengenalpasti beberapa lokasi menarik untuk dipromosikan sebagai pusat pelancongan sepanjang program yang berakhir hari ini.

 

 


Pengarang :