Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jais, Anas Ayob bercakap kepada media selepas Majlis Mesra Media Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam Convention Centre pada 21 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sahsiah, kokurikulum pelajar dikira bagi kemasukan sekolah Jais

SHAH ALAM, 22 SEPT: Kemasukan pelajar tingkatan satu ke sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan dinilai melalui beberapa aspek termasuk sahsiah diri memandangkan pembatalan beberapa ujian berikutan penularan Covid-19.

Ketua penolong pengarah pendidikan Jais berkata keputusan peperiksaan pertengahan tahun ini serta keputusan peperiksaan dari tahun tiga hingga enam akan menentukan kelayakan menyambung pelajaran di Sekolah Agama Menengah (SAM), SAM Bestari dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS).

“Mereka turut dinilai melalui keputusan peperiksaan hujung tahun ini selain penilaian sahsiah diri serta kokurikulum,” kata Anas Ayob selepas Majlis Mesra Media 2020 semalam.

April lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Penilaian Sijil Rendah Agama (PSRA), Pentaksiran Hafazan Al-Quran (PPTQ) dan peperiksaan Sijil Kafa Menengah (SKM) tahun ini dibatalkan dan digantikan dengan kaedah pentaksiran lain.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia turut membatalkan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi subjek bertulis di seluruh negara yang dijadualkan pada 28 September hingga 1 Oktober.


Pengarang :