Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau struktur rumah runtuh di Kampung Wira Damai Batu Caves, Gombak pada 13 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Sedia pelan tangani bencana di Kampung Melayu Wira Damai

GOMBAK, 13 SEPT: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua akan menyediakan pelan menangani bencana di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves di sini, berikutan keadaan penempatan padat.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penduduk di kawasan tersebut perlu diberi kesedaran serta panduan mengenai tindakan perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan.

“Kawasan penempatan ini padat, sempit dan bilangan penghuninya ramai. Jadi saya telah minta pejabat DUN berbincang dengan bomba mengenai tindakan atau pelan keselamatan yang perlu dipatuh penduduk.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari

“Saya syorkan semua pihak terbabit berbincang mengenai pelan keselamatan bagi memudahkan urusan pasukan penyelamat jika berlaku kebakaran atau bencana lain,” kata Dato’ Menteri Besar.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat keluarga mangsa sebuah rumah yang runtuh di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves di sini hari ini.

Amirudin berkata beberapa alat pemadam api perlu diletakkan di kawasan strategik kampung tersebut dan penduduk perlu dilatih menggunakan peralatan.


Pengarang :