Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak bermula 1 Ogos.
AGENSISELANGOR

Selangor catat dua kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 23 SEPT: Sebanyak dua kes baharu Covid-19 direkodkan berlaku di Selangor hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif pertama melibatkan saringan ketika masuk kerja manakala kes kedua mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah.

Terdahulu beliau berkata kes baharu Covid-19 di negara ini melonjak kepada
tiga angka apabila 147 kes direkodkan hari ini.

Katanya Sabah merekodkan sebanyak 134 kes baharu, Kedah (lima), Selangor (dua) manakala Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing satu kes.

Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 ialah 10,505 dengan 770 daripadanya kes aktif.


Pengarang :