Ir Izham Hashim memberi rumusan Sindiket 1A : Pertanian, Pelancongan Dan Agropelancongan ketika sesi Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor kenal pasti 12 tanaman bernilai tinggi untuk jana ekonomi

SHAH ALAM, 7 SEPT: Selangor kenal pasti 12 jenis tanaman bernilai tinggi sebagai pendekatan baharu sektor pertanian dapat menjamin ekonomi.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata tindakan sebelum ini mengutamakan tanaman yang bergantung keperluan pasaran seperti sawit mendatangkan risiko kerugian sekiranya berlaku perkara di luar jangka.

“Kita dah tanggung sengsara ini bila isu sawit berlaku. Jadi idea Selangor mahu pelbagaikan tanaman dan tak bergantung kepada satu sahaja.

“Setakat ini halia, kubis dan jagung ayam dikenal pasti untuk dibangunkan. Tanaman ini berpotensi memberi nilai tinggi dari sawit sekali gus mengurangkan risiko kerugian,” katanya ketika sesi rumusan Dialog Belanjawan 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Izham berkata industri pertanian Selangor juga berdepan masalah benih atau baka ekoran tiada pembabitan syarikat melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) aspek itu.

“Di Selangor hanya ada satu syarikat di Batu Arang. Saya cabar mereka buat jagung ayam kerana setahun kita import RM3.3 bilion. Lepas tiga empat kajian dibuat, hasilnya kita boleh jimat 50 peratus kos import. Jadi peranan kerajaan dan swasta amat penting,” katanya.


Pengarang :