Pelumba Selangor mencatat masa 1 jam 10 minit 49 saat untuk muncul naib johan kategori wanita elit dalam Kejohanan Lebuh raya Kebangsaan di Bukit Katil, Melaka pada 18 September 2020. Foto ihsan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
AGENDASUKANKINI

Selangor raih naib johan acara ujian masa berpasukan wanita

AYER KEROH, 19 SEPT: Pasukan wanita Selangor A muncul naib johan bagi acara ujian masa berpasukan kategori elit dalam Kejohanan Lebuh raya Kebangsaan 2020 di Bukit Katil di sini semalam.

Nurul Nazirah Mohd Rosli, Nurqadrina Emylia Norzali, Nur Alya Mohd Azli dan Mariana Mohammad mencatat masa 1 jam 10 minit 49 saat dalam perlumbaan sejauh 45km.

Mereka ketinggalan 2:16 saat di belakang pasukan Terengganu A. Tempat ketiga dimenangi Johor A dengan catatan 1:12:37 saat.

Bagi kategori veteran, pelumba Selangor Norhazmat Abdul Aziz meraih kejuaraan apabila mencatat masa 43:40 saat dalam perlumbaan 30km.

Rakan sepasukan Isma Rizuan Mohamad Esa pula meraih tempat ketiga dengan catatan 44:50 saat, lewat 1:10 saat berbanding Mohd Razif Mohd Salleh dari pasukan Johor Master.

Bagi kategori lelaki junior yang diungguli pelumba Sabah Waldron Chee Wen Chun, Muhammad Amin Farhan Haizeman hampir menduduki podium apabila mencatat masa keempat terbaik. Rakan sepasukan Muhammad Adam Haiqal sekadar tempat ke-14.

Kejohanan tahunan anjuran bersama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Kerajaan Melaka dan Persekutuan Berbasikal Melaka yang bermula semalam dijadual berakhir pada Ahad.


Pengarang :