Petugas KKM Wilayah Persekutuan Labuan membuat ujian calitan Covid-19 kepada penumpang yang tiba dari Sabah di Hospital Labuan pada 28 September 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Selangor rekod 10 kes baharu, empat pulang dari Sabah

SHAH ALAM, 30 SEPT: Selangor merekodkan 10 kes baharu Covid-19 hari ini dengan empat daripadanya membabitkan saringan pulang dari Sabah, menurut Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Agensi berkata daripada kes baharu itu, lima di daerah Hulu Langat, Klang (dua), Petaling (dua) dan Sepang (satu).

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata corak kes baharu di negeri ini menurun berbanding semalam menjadikan jumlah terkumpul 2,271 kes.

Semalam, negeri ini merekodkan 15 kes dengan satu daripadanya jangkitan luar negara membabitkan pengembara bukan warganegara dari Nigeria. Manakala kluster Benteng PK dikesan di Klang.

Malaysia pula mencatatkan 89 kes baharu dengan dua kematian hari ini, selain pengesanan satu kluster baharu di Kedah.


Pengarang :