Pemandangan Jeti Terapung di Pengkalan Jeti Kampung Asahan, Bestari Jaya pada 30 Ogos 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor sambut Hari Sungai Sedunia di 30 lokasi serentak

SHAH ALAM, 21 SEPT: Selangor menyambut Hari Sungai Sedunia di 30 lokasi secara serentak pada Sabtu yang bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari .

Menurut Facebook Lembaga Urus Air Selangor (Luas), sambutan tersebut dimeriahkan dengan Pelancaran Inisiatif Friends of River (FoR) peringkat negeri serta mengajak orang ramai melayari Facebook miliknya pada tarikh berkenaan untuk bersama-sama mengikuti perasmian program.

Amirudin berkata FoR diwujudkan di setiap sungai seluruh negeri ini bagi pemeliharaan dan pemuliharaan oleh komuniti setempat, badan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin tempatan.

Sambutan Hari Sungai Sedunia disambut pada Ahad minggu terakhir September bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sungai kepada semua kehidupan.


Pengarang :