Pegawai Daerah Petaling, Johary Anuar melepaskan Kembara Merdeka Jalur Gemilang disertai 20 kenderaan pelbagai agensi yang menyerahkan Jalur Gemilang kepada tiga PBT iaitu MBSA, MBPJ dan MPSJ pada 2 September 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Semarakkan merdeka, 20 kenderaan jelajah Petaling

SHAH ALAM, 2 SEPT: Sebanyak 20 kenderaan pelbagai agensi kerajaan menyertai jelajah daerah Petaling hari ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-63.

Pegawai Daerah Petaling, Johary Anuar berkata antara lokasi dilalui termasuk di Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

“Program Kembara Perpaduan Jalur Gemilang peringkat daerah Petaling itu melibatkan kenderaan dari pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Penerangan Selangor dan pelbagai agensi lain,” katanya selepas Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran Pejabat Daerah Petaling di Kompleks Pejabat Daerah Petaling di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Johary turut menyerahkan sijil penghargaan kepada agensi berkaitan yang terlibat dalam gerak kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan dan operasi stesen kuarantin di Petaling.


Pengarang :