AGENSISELANGOR

Sembilan kawasan di Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air

SHAH ALAM, 16 SEPT: Sebanyak lapan kawasan wilayah Kuala Langat dan satu di Sepang mengalami gangguan bekalan air sehingga 8 malam ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata ia ekoran paip berhampiran Bandar Sri Ehsan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pecah semalam.

“Bekalan air ditutup jam 1 pagi tadi bagi melaksanakan kerja pembaikan paip dan dijangka siap 5 petang ini.

“Bekalan air akan pulih berperingkat mengikut jarak premis dan tekanan air,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lori tangki digerakkan ke kawasan terjejas selain pengguna diminta menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 1530 sekiranya memerlukan bantuan.

“Perkembangan semasa kerja pembaikan dimaklumkan melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor iaitu Facebook,Twitter dan Instagram serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” katanya.

Senarai kawasan terjejas:

Kuala Langat

1.Taman Langat Utama
2.Taman D’Menara
3.Taman Murnimas
4.RTB Bukit Changgang
5.Bandar Sri Ehsan
6.Taman Langat Murni
7.Bandar Mahkota
8.Bandar Brooklands

Sepang

1. Percent Estet SOPEC


Pengarang :