Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman (dua, kanan) dan Dato’ Rosthman Ibrahim (dua, kiri) menandatangani MoA Sistem Pengurusan Kampus Bersepadu di Bilik Mesyuarat Senat Kampus Shah Alam pada 8 September 2020. Foto ihsan Unisel
AGENSISELANGOR

Sistem Pengurusan Kampus Bersepadu kendali pentadbiran Unisel

SHAH ALAM, 10 SEPT: Universiti Selangor (Unisel) mengekalkan penggunaan Sistem Pengurusan Kampus Bersepadu (TCMS) dalam mengendalikan pentadbiran dan akademiknya.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata sistem yang digunakan sejak dua tahun lalu seiring aspirasi Kerajaan Negeri ke arah digitalisasi.

“Menerusi sistem ini, pihak pentadbiran terutama kakitangan boleh memaklumkan beberapa perkara seperti cuti, urusan kecemasan dan fail pelajar.

“Pembayaran yuran juga boleh dibuat selain sistem e-pembelajaran yang memudahkan pelajar mengikuti pengajian secara dalam talian sepanjang tempoh pandemik Covid-19,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Unisel menandatangi Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Neraca Niaga Sdn Bhd, agensi yang menguruskan sistem tersebut di Bilik Mesyuarat Senat Kampus Shah Alam.

Unisel diwakili Presiden dan Naib Canselor Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman manakala Neraca Niaga diwakili pengarahnya Dato’ Rosthman Ibrahim.

 


Pengarang :