Dato’ Teng Chang Khim berucap ketika Program Jelajah Usahawan Digital Selangor siri ketiga di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 19 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

Sitec lahir lebih 90 pakar khidmat digital, promosi produk usahawan

AMPANG, 20 SEPT: Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) melahirkan lebih 90 pakar penyedia perkhidmatan dalam platform digital ekonomi sejak dua tahun lalu.

EXCO Perindustrian dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim berkata kesemua menjalani latihan dan bimbingan selama empat bulan di bawah Program Pemecut Selangor (Selangor Accelerator Programme).

“Pakar penyedia perkhidmatan ini berperanan mempromosi dan mengiklankan produk usahawan di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, Lazada, BungkusIT serta Youbeli.

“Jika peniaga tidak tahu cara membuat iklan dengan baik walaupun menjual produk yang bagus, maka pakar ini sedia membantu,” katanya berucap pada program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 di di sini semalam.

Jelajah siri ketiga itu menghimpunkan 200 usahawan sekitar Ampang untuk mempelajari ilmu perniagaan digital daripada Shopee, Lazada, Boost e-dompet, Avana, Ninja Van, BungkusIT, Youbeli dan agensi Kerajaan Negeri antaranya Hijrah Selangor.


Pengarang :