Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 21 penerima di Istana Kayangan pada 22 Sept 2020.
AGENDA NASIONAL

Sultan Selangor serah 21 watikah lantikan jawatan Mahkamah Syariah

SHAH ALAM, 22 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyerahkan 21 watikah pelantikan pelbagai jawatan bagi Mahkamah Syariah negeri ini.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berkata pelantikan dibuat mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 (EPAINS 2003).

“Empat individu dilantik sebagai panel tetap hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan sembilan hakim Mahkamah Rendah.

“Lantikan juga dibuat untuk dua pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, seorang timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, tiga penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Selangor. Dua individu dilantik sebagai wali raja,” katanya dalam kenyataan.

Penyerahan dilaksanakan di Istana Kayangan dekat sini.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut mencemar duli ke majlis berkenaan.


Pengarang :