Peserta mendengar sesi dialog ‘Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19’ ketika Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 7 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Teroka sumber baharu harungi suasana pascapandemik Covid-19

SHAH ALAM, 7 SEPT: Selangor perlu menerokai sumber baharu dan tidak bergantung kepada hasil sedia ada dalam mengharungi suasana pascawabak Covid-19.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Persaingan Malaysia berkata ekonomi berasaskan sumber bumi sahaja tidak berkekalan kerana dunia kini berbincang mengenai ekonomi guna semula membabitkan kitaran pendapatan dan penggunaan semula hasil.

“Selangor adalah sebuah negeri yang terkehadapan sekali gus menjadi cabaran bagaimana mencipta kekayaan (sumber) baharu. Saya mahu Selangor fikirkannya dengan mengaitkan kehidupan bandar berdaya huni,” kata Dr Madeline Berma pada Dialog Belanjawan Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Beliau menjelaskan negeri ini juga perlu berhati-hati merancang pelan pascapandemik kerana sentiasa menjadi tumpuan terutama dalam bidang perindustrian dan penyumbang utama ekonomi negara.

Madeline turut menyokong usaha mewujudkan subjek khusus di peringkat universiti berhubung industri kreatif terutama ketika berdepan wabak.


Pengarang :