Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Abdul Halim Hussain bercakap pada sesi perbincangan hala tuju pembangunan usahawan ketika kunjung ketika kunjungan hormat Exco Kerajaan Negeri Selangor ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang pada 11 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Tiga sektor penting Pulau Pinang boleh dikongsi dengan Selangor

GEORGETOWN, 12 SEPT: Industri makanan halal, agroteknologi dan perusahaan sosial (social enterprise) antara kekuatan menarik dimiliki Pulau Pinang yang boleh dikongsikan kepada Selangor.

EXCO Perdagangan Antarabangsa, Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang Dato’ Abdul Halim Hussain berkata pihaknya percaya wujud sinergi kukuh antara kedua-dua negeri bagi meningkatkan kerjasama dalam sektor terbabit.

“Sebagai contoh, kita mempunyai teknologi pesat yang membawa kepada penghasilan produk berasaskan agro dan makanan halal. Sudah tentu, ini (sektor) yang kita boleh bekerjasama pada masa akan datang.

“Manfaat ini bukan sahaja kepada kedua-dua pihak (Selangor dan Pulau Pinang) tetapi kita mahu sampai ke tahap lebih tinggi iaitu global,” katanya selepas menerima rombongan delegasi pejabat EXCO Usahawan Selangor ke Pulau Pinang bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) di Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Abdul Halim turut berbesar hati menerima kunjungan tersebut selain berharap hasrat menjadikan Selangor dan Pulau Pinang sebagai pelopor dalam agenda pembangunan usahawan di negara ini tercapai.


Pengarang :