Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti tuisyen percuma di Pusat Pembangunan Komuniti (CDC) DUN Sentosa, Klang mendengar motivasi ringkas yang disampaikan oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 26 September 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

TREK bimbing 200 calon, lepasan SPM DUN Sentosa

KLANG, 27 SEPT: Seramai 200 calon dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa berjaya mendapat bimbingan menerusi program ‘TREK’ sejak diperkenal hujung Julai lalu.

Ahli Dewan Negerinya G Gunarajah berkata inisiatif itu membantu dan membimbing pelajar untuk mendapat tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

“Program ini diadakan setiap minggu pada Selasa bermula jam 7 petang bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa malah semalam kira-kira 50 pelajar SPM sedang menyertai seminar berkaitan.

“Kita optimis, pendekatan ini secara tidak langsung dapat memberi peluang dan ruang kepada pelajar yang masih tidak mendapat tempat di IPTA,” katanya pada Pelancaran Cakna Siswa dan Pusat Pembangunan Komuniti di sini semalam.

Beliau menambah program terbabit akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa selaras hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi.

“Menjadi tanggungjawab kita memastikan anak-anak muda dibimbing dan memilih laluan yang betul supaya mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi,” katanya.


Pengarang :