Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali beramah mesra dengan guru dan pelajar tingkatan lima semasa melakukan tinjauan pelaksanaan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) pada pada 24 Jun 2020. Foto BERNAMA
BERITA UTAMASELANGOR

Tuisyen Rakyat ubah nasib 10,000 pelajar lemah

GOMBAK, 11 SEPT: Seramai 10,000 pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menerima manfaat Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sejak diperkenal pada 2009, program itu berjaya mengubah nasib pelajar sederhana dan lemah untuk lulus peperiksaan tersebut.

“PTRS akan ditambah baik dari semasa ke semasa tetapi perkara paling penting ialah hasrat membantu pelajar dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan dan lemah pelajaran telah membuahkan hasil.

“Kita tidak mahu tumpukan pembinaan bangunan sekolah atau kemudahan asas sahaja sehingga abaikan aset paling penting iaitu pelajar yang bakal mewarisi negeri dan negara ini,” katanya pada Program Penyerahan Pelitup Muka Percuma Sekolah Daerah Gombak di Dewan Seri Siantan hari ini.

Belanjawan Selangor 2020 memperuntuk sejumlah RM10 juta bagi menjayakan PTRS selain menyediakan makan tengah hari percuma bagi memastikan pelajar mendapat khasiat makanan secukupnya.

Pada November tahun lalu, Kerajaan Negeri turut membantu 183 pelajar sekolah menengah dan tujuh sekolah rendah yang tercicir pelajaran kerana terpaksa bekerja melalui program itu.

Dasar pertama PTRS adalah memberi bantuan pendidikan berbentuk kelas tambahan secara percuma kepada pelajar yang memperoleh keputusan sederhana atau lemah mata pelajaran. Kedua, ia diberi kepada mereka dari keluarga berpendapatan bawah RM2,000.


Pengarang :