Rodziah Ismail (kiri) melihat pemprosesan rempah semasa lawatan ke kilang rempah Syarikat Hassan Majid, Kampung Kepong, Kuala Terengganu pada 21 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Usahawan Selangor sertai jelajah teroka pasaran seluruh negara

KUALA TERENGGANU, 22 SEPT: Seramai 20 usahawan Selangor dibawa menjelajah ke seluruh negara bagi meneroka pasaran luar dan mencari idea perniagaan baharu.

EXCO pembangunan usahawan berkata siri jelajah yang bermula di Pulau Pinang pada 10 September lalu akan diteruskan di Sabah dan Johor Bahru dalam masa terdekat.

“Tidak dinafikan Selangor berjaya dalam pelbagai aspek keusahawanan, namun kita tetap mahu belajar dari negeri lain supaya dapat memperbaiki kelemahan dan mempertingkat kelebihan yang dimiliki.

Rodziah Ismail melawat kilang rempah Syarikat Hassan Majid, Kampung Kepong, Kuala Terengganu pada 21 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Pada masa sama, kita juga mahu usahawan Selangor meneroka bidang lain pascawabak Covid-19 bagi mempelbagaikan produk sekali gus meningkatkan hasil jualan,” katanya ketika melawat tapak kendera saji Drawbridge di sini semalam.

Lawatan kerja selama dua hari itu turut disertai Unit Perancang Ekonomi Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad.

Peserta dibawa melawat kilang pemprosesan keropok dan rempah ratus, pembuatan anyaman serta sesi dialog bersama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS Shamsul Bahrin Md Shukur mahu usahawan yang mempunyai kilang dan penjual (vendor) meneroka produk lain untuk meningkatkan hasil jualan.

“Kita bawa usahawan ini ke Terengganu supaya mereka dapat lihat produk unik di sini yang tiada di Selangor antaranya laksa dalam tin,” katanya.


Pengarang :