AGENDANASIONAL

Video kemalangan maut akibat besi pembinaan LRT jatuh bukan di Klang

SHAH ALAM, 30 SEPT: Polis menafikan satu maklumat yang tular di media sosial, kononnya satu kemalangan maut berlaku akibat besi dari tapak pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) jatuh di kawasan sebuah pusat beli-belah di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata video kemalangan maut yang tular di media sosial semalam adalah kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia Ahad lepas.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menafikan dakwaan berlakunya kemalangan maut akibat besi jatuh daripada pembinaan LRT seperti yang tular di media sosial. Kejadian itu didapati berlaku di Jakarta, bukannya di kawasan pentadbiran IPD ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 28 saat di aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal maut dikatakan akibat terkena besi yang jatuh dari tapak pembinaan kelihatan seperti LRT.

– BERNAMA


Pengarang :