Mohd Khairuddin Othman ketika sidang media pembukaan Persiaran Shorea di Elmina, Shah Alam pada 10 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Wakil rakyat gembira laluan baharu selesai isu trafik di Saujana Utama

SHAH ALAM, 10 SEPT: Wakil rakyat Paya Jaras memuji usaha Kerajaan Negeri membina laluan baharu bagi menyelesaikan isu kesesakan trafik yang dihadapi penduduk Saujana Utama di sini.

Mohd Khairuddin Othman berkata pembukaan Persiaran Shorea di Elmina hujung bulan ini sebagai laluan alternatif tambahan untuk penduduk keluar masuk ke kawasan perumahan.

“Walaupun ada kekangan tertentu namun kita faham kesusahan rakyat dan berikutan pembukaan jalan ini, mereka ada tiga pilihan laluan.

“Pembangunan kawasan itu dari tahun 1980-an menyebabkan penduduk semakin ramai dan trafik menjadi sesak. Diharap penduduk dapat bersabar hingga 29 September ini,” katanya selepas meninjau keadaan jalan di sepanjang persiaran terbabit hari ini.

Pembinaan jalan sepanjang lima kilometer oleh Sime Darby itu bagi melancarkan aliran trafik di dua laluan utama ketika ini terutama pada waktu puncak.

 


Pengarang :