Pengurus Besar Yide, Nur Mohd Razali Abdullah menyerahkan cenderahati kerjasama kepada Pemangku Ketua Pengarah YaPIEM, Pariha Hasan.
AGENSISELANGOR

Yide-YaPEIM kerjasama bantu golongan kurang mampu

SHAH ALAM, 1 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengadakan perbincangan dua hala di Ibu Pejabat YaPEIM dekat Petaling Jaya baru-baru ini.

Pengurus Besar Yide, Nur Mohd Razali Abdullah berkata pertemuan itu membincangkan mengenai kerjasama dalam aktiviti kebajikan untuk membantu golongan kurang mampu berdasarkan kelebihan kedua-dua yayasan tersebut.

“Kita akan bergabung dan gunakan kelebihan yayasan masing-masing untuk aktiviti kebajikan. Malah, kerjasama ini juga dapat memaksimumkan fungsi institusi ini di peringkat Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Pada pertemuan 27 Ogos lalu, YaPEIM diwakili oleh Pemangku Ketua Pengarah YaPIEM, Pariha Hasan; Pengarah Kanan Pengurusan Dana Infaq dan Pembangunan Sosio-Ekonomi, Mohammad Zamri Zakaria manakala Yide diketuai Nur Mohd Razali dan Pengurus Operasi, Md Arifin Jaafar.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Yide, boleh hubungi ibu pejabatnya di talian 03-5510 3931, e-mel ke [email protected] atau layari www.yide.com.my.


Pengarang :