DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan melantik Adun Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni sebagai EXCO sempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelan di Istana Alam Shah, Klang pada 17 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Zawawi tekad beri khidmat terbaik kepada rakyat

SHAH ALAM, 17 SEPT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis menyifatkan pelantikan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata beliau akan berusaha untuk sentiasa adil dan saksama kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman agama serta politik.

“Saya berazam dan bertekad untuk memberi yang terbaik untuk kepentingan rakyat serta pembangunan negeri ini. Saya dan pasukan juga akan bekerja keras untuk memajukan negeri, martabatkan Islam sebagai Addin – Islam sebagai cara hidup,” katanya dalam kenyataan.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan melantik Adun Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni sebagai EXCO sempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang pada 17 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau turut mengajak semua rakyat mengamalkan gaya hidup seimbang antara dunia dan akhirat di samping menekankan kerja keras terutama dalam kalangan umat Islam supaya boleh berzakat, bersedekah serta berwakaf.

Mohd Zawawi mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj dalam satu istiadat di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pagi tadi.


Pengarang :