Petugas Sunway Medical Centre, Petaling Jaya melakukan saringan Covid-19 melalui Cov Shield kepada orang ramai yang hadir untuk saringan bersasar pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

1,041 kes aktif Covid-19 di Selangor, Petaling tertinggi

SHAH ALAM, 28 OKT: Selangor mengumpul sebanyak 4,360 kes Covid-19 setakat hari ini dengan 1,041 daripadanya aktif, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Data tersebut menunjukkan Petaling mencatat kes aktif tertinggi iaitu 356 diikuti Hulu Langat (209), Sepang (151), Klang (122), Kuala Langat (89), Gombak (87), Kuala Selangor (17), Hulu Selangor (sembilan) dan Sabak Bernam (satu).

Enam zon di negeri ini masih berstatus merah meliputi Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Sepang dan Kuala Langat manakala Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berada dalam zon kuning.

Hari ini Kes Covid-19 di Selangor kembali ke dua digit apabila merekodkan 89 kes berbanding 126 yang dicatatkan semalam dengan 35 daripadanya dikesan daripada kluster sedia ada, 33 saringan kontak rapat kes positif dan 20 kes lain-lain saringan Covid-19.

Sementara itu, seramai 115 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 3,290.

Angka korban akibat pandemik itu pula 26 orang susulan pertambahan satu lagi kematian membabitkan wanita warganegara berusia 61 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.


Pengarang :