Orang awam mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam ketika tinjauan di sekitar Bandar Klang pada 15 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

118 kompaun ingkar SOP PKPB dikeluarkan di Selangor

KUALA LUMPUR, 15 OKT: Polis Selangor mengeluarkan 118 kompaun semalam terhadap mereka yang tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis melakukan 53 sekatan jalan raya berhampiran plaza tol di seluruh negeri bagi mengehadkan pergerakan kenderaan antara daerah.

“Sekatan jalan raya ini bertujuan mengelakkan mereka yang tanpa alasan munasabah dan hal tidak penting daripada merentas daerah bagi membendung penularan Covid-19, mereka yang tidak mempunyai surat kebenaran daripada majikan, pihak berkuasa akan meminta mereka berpatah balik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff dengan ACP Mohamad Farouk Eshak di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :