BERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
SELANGOR

1,208 kawasan terjejas sudah terima bekalan air

SHAH ALAM, 21 OKT: Sebanyak 1,208 kawasan mengalami gangguan air sudah menerima bekalan sepenuhnya setakat jam 3 petang ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi berkata jumlah itu membabitkan 94 peratus daripada keseluruhan kawasan terjejas sementara 84 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan.

“Wilayah Kuala Lumpur dan Hulu Langat sudah pulih sepenuhnya manakala Petaling dan Kuala Selangor mencatatkan 99 peratus kawasan sudah menerima bekalan air.

“Klang dan Gombak mencatatkan 83 peratus kawasan pulih serta Kuala Langat merangkumi 75 peratus kawasan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ahad lalu, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2,3 dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran bau.

Susulan itu lebih 1.1 juta akaun pengguna di 1,292 kawasan sekitar wilayah Kuala Lumpur, Shah Alam/Klang, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.


Pengarang :