Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian individu pulang dari Sabah ke dalam beg saringan Covid-19 di Klinik Selcare, Shah Alam pada 4 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

417 kes aktif Covid-19 di Selangor

SHAH ALAM, 14 OKT: Selangor merekodkan 417 kes aktif Covid-19 iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain, kata Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC).

Agensi berkata terdapat 111 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.

“Taburan kes Covid-19 hari ini menyaksikan daerah Petaling dan mukim Sungai Buloh kembali menjadi zon merah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mukim Sungai Buloh mencatatkan pertambahan satu kes positif menjadikan kes aktif 56 setakat 12 tengah hari tadi.

Selangor merekodkan penurunan kepada 68 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 76 semalam dengan empat daripadanya membabitkan kluster baharu dinamakan Kluster Kencana.

Pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif di Selangor menjadi 2,814 kes.

 


Pengarang :