Pengguna 70 kawasan di Hulu Langat yang bergantung bekalan dari LRA Semenyih 2 sudah menerima air bersih sepenuhnya pada pukul 9 malam 20 Disember 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

460 kawasan terima bekalan air setakat tengah hari

SHAH ALAM, 20 OKT: Sebanyak 460 atau 36 peratus dari 1,292 kawasan terjejas menerima bekalan air sepenuhnya setakat jam 12 tengah hari.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 832 kawasan lagi dalam proses pemulihan.

“Pemulihan bekalan air di Hulu Selangor mencecah 88 peratus, Kuala Selangor (77 peratus), Gombak (42 peratus), Petaling (37 peratus), Klang/Shah Alam (tujuh peratus).

“Sementara Kuala Lumpur dan Kuala Langat masing-masing masih sifar peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelihatan anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengisi tangki air untuk dibekalkan kepada petugas yang menjaga kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Tropicana pada 20 Oktober 2020. Foto BERNAMA

Beliau menyarankan pengguna yang sudah menerima bekalan membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

Elina berkata bantuan bekalan air di pili-pili awam dan pusat khidmat setempat masih disediakan untuk kemudahan pengguna yang terjejas.

“Air Selangor berharap pengguna yang sudah mendapat bekalan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya lagi.

Sstatus terkini bekalan air boleh didapati melalui Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com.

Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor, awal pagi semalam.

Susulan itu, seramai 1.2 juta akaun pengguna meliputi wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.


Pengarang :