Pegawai Kesihatan Petaling melakukan ujian saringan Covid-19 kepada penjaja dan pekerja Pasar Sea Park, Petaling Jaya di perkarangan pasar berkenaan pada 28 Oktober 2020. Foto Facebook Lim Yi Wei
ADNSELANGOR

ADN: 40 penjaja, pekerja pasar jalani saringan Covid-19

SHAH ALAM, 29 OKT: Kira-kira 40 penjaja dan pekerja Pasar Sea Park, Petaling Jaya menjalani ujian saringan Covid-19 dikendalikan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling semalam.

Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata saringan bermula 9.30 pagi hingga 1 petang diadakan susulan seorang penjaja di pasar berkenaan disahkan positif wabak.

“Mereka dijangka memperoleh keputusan dalam tempoh 48 jam dan diharap semuanya negatif (Covid-19) namun pengesanan kontak rapat seterusnya akan diperluaskan sekiranya terdapat kes positif,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata buat masa ini pasar berkenaan masih belum dibenarkan beroperasi sehingga satu tempoh akan diumumkan kelak.

“Kita sedang tunggu keputusan PKD (untuk benarkan Pasar Sea Park beroperasi),” katanya.

Pada 23 Oktober, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya memutuskan menutup operasi Pasar Sea Park bagi membolehkan pelaksanaan kerja pembersihan dan sanitasi selepas seorang penjaja diuji positif Covid-19.


Pengarang :