Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib Hasnul Baharuddin bergambar kenangan bersama penghuni Pertubuhan Kebajikan Kesayangan Maha di Taman Desa Jarom, Jenjarom pada 22 Oktober 2020. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Morib YB Hasnul
ADNSELANGOR

ADN Morib santuni anak yatim, hulur keperluan asas

SHAH ALAM, 23 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib meluangkan masa menyantuni anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Kesayangan Maha di Taman Desa Jarom, Jenjarom, semalam.

Dalam kunjungan pertama kali itu, Hasnul Baharuddin turut menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada pengelola pusat jagaan yang menempatkan kira-kira 15 orang anak-anak yatim, fakir miskin lelaki berusia antara 1 hingga 12 tahun.

“Pusat jagaan ini dibuka awal Mac lalu dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap. Ia dikelola tiga penjaga dan kebiasaannya mereka akan masak terutama tengah hari.

“Ini merupakan pusat jagaan bukan Islam kedua di Kuala Langat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya akan membantu operasi pusat jagaan yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ini dalam urusan sewa bangunan dan utiliti bulanan selepas ini.

 


Pengarang :