Pengguna 70 kawasan di Hulu Langat yang bergantung bekalan dari LRA Semenyih 2 sudah menerima air bersih sepenuhnya pada pukul 9 malam 20 Disember 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Air Selangor: Bekalan air 1,292 kawasan pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 22 OKT: Bekalan air 1,292 kawasan di tujuh wilayah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi ini, maklum Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan tersebut.

“Air Selangor menyarankan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui media sosial dan laman sesawang www.airselangor.com. Sentiasa gunakan air secara berhemat,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Pada 19 Oktober, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor.

Susulan itu, seramai 1.2 juta akaun pengguna meliputi wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.


Pengarang :