Kelihatan kenderaan dipercayai membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pekarangan pintu 2 Istana Negara pada kira-kira 10.25 pagi, hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Anwar menghadap Agong, persembah majoriti ‘kukuh’

KUALA LUMPUR, ‪13 OKT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara di sini pagi ini.

Sebuah kereta berwarna hitam yang membawa Anwar dilihat memasuki Istana Negara pada 10.25 pagi melalui Pintu 2 Istana Negara.

Perkara itu disahkan seorang pegawai Anwar.

Kehadiran Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dinantikan pengamal media yang telah berkumpul di sekitar pintu utama Istana Negara sejak 8 pagi lagi.

Baru-baru ini Anwar dilaporkan berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan untuk beliau menghadap baginda hari ini.

Pada 23 September lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

– BERNAMA


Pengarang :