AGENSISELANGOR

Bekalan air di Klang dijangka pulih tengah hari ini

SHAH ALAM, 15 OKT: Bekalan air di 15 kawasan terjejas susulan insiden paip pecah di Jalan Bukit Raja, Klang dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari ini.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan pemulihan secara berperingkat berdasarkan jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Kerja pembaikan paip pecah berhampiran pencawang elektrik di kawasan tersebut siap sepenuhnya pada jam 4 pagi tadi dan pengguna menerima bekalan air seawal jam 4:30 pagi,” kata agensi itu dalam kenyataan.

Semalam, bekalan air di kawasan terlibat ditutup pada jam 10.30 malam bagi melaksanakan kerja pembaikan paip.

Maklumat bekalan air dikemas kini dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi telefon pintar dan laman sesawang
www.airselangor.com.


Pengarang :