AGENSISELANGOR

Bekalan air di wilayah Petaling pulih, kerja siap lebih awal

SHAH ALAM, 1 OKT: Bekalan air yang terjejas di 29 kawasan di wilayah Petaling pulih sepenuhnya, maklum Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong siap dilaksanakan pada jam 2.50 pagi tadi.

“Berikutan kerja pembaikan siap lebih awal daripada dijadualkan, bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Pengguna boleh mendapatkan informasi bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi semua medium komunikasi agensinya di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com

Sebanyak 29 kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong pada jam 7.30 malam tadi.

Susulan itu, bekalan air ditutup bermula jam 11 malam tadi bagi kerja pembaikan paip pecah.

 


Pengarang :