Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS
AGENDA NASIONAL

Bekas pesakit Covid-19 dijemput sertai penyelidikan perubatan

KUALA LUMPUR, 14 OK: Rakyat negara ini yang pernah dijangkiti virus Covid-19 dijemput menyertai penyelidikan perubatan bertajuk: Kajian Membujur tindak balas antibodi neutralisasi dalam kalangan pesakit Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kajian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kajian ini penting bagi mengetahui paras antibodi neutralisasi (imuniti) dalam darah yang boleh menghalang kuman Covid-19 daripada menjangkiti pesakit yang pernah dijangkiti sebelum ini.

“Penyelidikan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (MREC) KKM (NMRR-20-1676-55108),” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata keterangan lanjut mengenai perkara itu, boleh menghubungi Dr Rafiza Shaharudin ([email protected]) atau telefon: 03-33627753 dan Dr Masita Arip ([email protected] ) atau telefon: 03-33627735.

– BERNAMA

 


Pengarang :