Gimik pelancaran Program inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Belanjawan 2021: RM2 juta teruskan program RiDE

SHAH ALAM, 30 OKT: Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) diteruskan tahun depan dengan peruntukan RM2 juta.

Perkara tersebut diumum Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Beliau berkata program itu membantu kira-kira 3,000 anak muda mencari pendapatan atau kerjaya baharu sebagai penunggang dalam perkhidmatan e-panggilan.

Pada 20 September, seramai 3,000 peserta bakal mengikuti kursus e-panggilan dalam tempoh terdekat.

RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat subsidi lesen motosikal B2 berjumlah RM350, kursus e-panggilan bernilai RM200 dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial RM70 setahun.


Pengarang :