Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan sidang khas Bilik Gerakan COVID-19 Selangor bagi membincangkan kesiapsiagaan Kerajaan Negeri dalam memastikan PKPB dapat dikendalikan dengan teratur dan strategik pada 2 Mei 2020. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bilik Gerakan Covid-19 lanjut waktu operasi hingga 7 malam

SHAH ALAM, 3 OKT: Bilik Gerakan Covid-19 Selangor dilanjutkan waktu operasi hingga jam 7 malam, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu susulan perkembangan Covid-19 yang membimbangkan termasuk jumlah kes harian di negeri ini mencapai dua angka selama lima hari berturut-turut.

“Justeru, operasi bilik gerakan di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SUK Selangor akan dilanjutkan sehingga jam 7 malam berbanding dengan hanya pada waktu bekerja sebelum ini.

“Ini juga akan membolehkan Kerajaan Negeri membuat pantauan serta meneliti perkembangan terkini Covid-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor (MKN) secara dalam talian.

Katanya, beliau turut mengadakan mesyuarat bersama Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) kelmarin bagi mendapatkan gambaran jelas dan tepat.

“Gambaran itu bagi merangka pendekatan yang terbaik sebagai persediaan menghadapi sebarang gelombang ketiga penularan wabak ini.

“Kerajaan Negeri yakin langkah-langkah bersesuaian akan mengawal situasi ketika ini daripada bertambah buruk,” katanya.


Pengarang :