Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor membuat persediaan peralatan sebelum melakukan sanitasi di Anggerik Mall, UTC Shah Alam pada 27 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bomba Selangor: Lebih 900 agensi, pasar awam disanitasi

SHAH ALAM, 27 OKT: Sebanyak 916 lokasi termasuk 600 agensi kerajaan dan pasar awam disanitasi sejak Mac hingga hari ini, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor.

Pengarahnya berkata proses nyahkuman bagi mengelak penularan Covid-19 turut dilakukan di bangunan yang tidak merekodkan sebarang kes.

“Bagaimanapun lokasi menjadi tumpuan umum diberi keutamaan memandangkan risiko jangkitan tinggi.

“Setakat ini proses sanitasi banyak dilakukan di daerah Petaling diikuti Hulu Langat dan Klang,” kata Norazam Khamis kepada pemberita selepas operasi sanitasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anggerik Mall hari ini.

Jelas beliau, pihaknya mengamalkan tatacara operasi piawai (SOP) bagi setiap operasi yang dijalankan.

“Antaranya anggota perlu mencuci tapak kasut menggunakan cecair peluntur sebelum operasi dan badan akan disembur bahan sama selepas itu.

“Setiap anggota mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan operasi dilakukan berkesan dan tidak mendatangkan mudarat,” katanya.


Pengarang :