Bangunan pusat beli-belah 1 Utama ditutup selama 14 hari bermula 11 Oktober 2020 bagi proses saringan dan nyahkuman berikutan kes Covid-19 dikesan membabitkan pekerja dan pengunjung. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Buruh binaan, pengawal keselamatan warga asing zon merah wajib jalani saringan Covid-19

SHAH ALAM, 21 OKT: Pekerja pembinaan dan pengawal keselamatan warga asing di zon merah wajib membuat saringan Covid-19 berkuat kuasa esok, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pekerja tempatan yang tinggal di zon sama tidak diwajibkan namun disaran melakukannya bagi memastikan status kesihatan sekali gus tidak membahayakan pihak lain.

“Mereka yang bergejala dan kerja di zon merah juga wajib membuat saringan ini kerana berisiko tinggi.

“Kawasan tersebut boleh dirujuk di laman sesawang Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Semalam Ismail Sabri berkata pekerja yang tinggal di kawasan zon merah perlu melakukan ujian saringan dan kos akan ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 


Pengarang :