Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 3 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 1,228 kes baharu hari ini, tertinggi direkodkan

SHAH ALAM, 24 OKT: Jumlah kes positif Covid-19 dalam negara mencatatkan jumlah tertinggi pernah direkodkan apabila 1,228 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 25,742 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 melonjak kepada 8,966 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata bilangan pesakit pulih Covid-19 seramai 671 menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 16,555 kes.

“Terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 92 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham menjelaskan Lembah Klang mencatatkan pertambahan 95 kes iaitu 7.7 peratus daripada jumlah keseluruhan dengan 29 adalah daripada kluster sedia ada dan baharu.

Beliau berkata penularan Covid-19 dalam negara merekodkan Sabah dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 889 kes, Negeri Sembilan (96), Selangor (76), Kedah (76), Pulau Pinang (23), Wilayah Persekutuan Labuan (21), Perak (10), Sarawak (8), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (8), Johor (7) dan Melaka (3).

 


Pengarang :