Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media mengenai jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 2 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 375 kes baharu, lima kematian

SHAH ALAM, 8 OKT: Malaysia merekodkan 375 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 14,368 kes positif setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah keseluruhan kes positif, sebanyak 3,703 ialah kes aktif dan sedang menerima rawatan.

“Selain itu seramai 60 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi manakala terdapat lima kematian direkodkan hari ini.

“Pesakit yang meninggal berumur 82 tahun, 75 tahun, 57 tahun, 55 tahun dan 53 tahun. Semua mereka mempunyai sejarah penyakit,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook hari ini.


Pengarang :