Orang ramai menggunakan pelitup muka di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: 44 kes baharu di Selangor, Petaling catat 17 kes

SHAH ALAM, 10 OKT: Selangor mencatatkan 44 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,575 kes.

Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor, kes tertinggi direkodkan di Petaling dengan 17 kes, 14 saringan kontak rapat, dua hasil saringan berfokus manakala satu dari kes bergejala.

“Gombak mencatatkan tiga kes diikuti Sepang dengan angka sama, Kuala Langat (tujuh) serta Hulu Langat dan Klang (masing-masing empat).

“Hari ini juga 74 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital selain tiada kematian baharu dilaporkan dengan jumlah kekal 24 kes,” menurut laporan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 374 kes lagi jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 15,096 kes.

Sebanyak 4,161 kes direkodkan aktif dengan kebolehjangkitan selain pertambahan tiga kematian menjadikan 155 kes keseluruhan.


Pengarang :