Foto yang diambil pada 7 Oktober 2020 menunjukkan jarum suntik pada ilustrasi Covid-19 di Toulouse, barat daya Perancis. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 710 kes baharu, catat 10 kematian

SHAH ALAM, 23 OKT: Jumlah kes positif Covid-19 dalam negara kekal tiga angka walaupun turun kepada 710 berbanding 847 kes semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 528 atau 74.4 peratus menjadikan kesluruhan kes aktif kini mencecah 8,416.

“Hanya satu kes import dilaporkan membabitkan bukan warganegara dari Nepal di Kuala Lumpur dan 467 individu sembuh hari ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham Lembah Klang mencatatkan pertambahan 73 kes iaitu 10.3 peratus daripada jumlah keseluruhan dengan 34 adalah daripada kluster sedia ada dan baharu.

Jelas beliau, 180 kes (25.4 peratus) pada hari ini adalah daripada kluster Penjara Kepayan (140 kes), kluster Penjara Reman (39 kes), dan kluster Tembok (satu kes).

“Terdapat pertambahan satu kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah menjadikan jumlah keseluruhan 466 kes sejak 20 September lalu

“Terdapat pertambahan 10 lagi kematian akibat Covid-19 menjadikan keseluruhan 214 kes manakala 90 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

 


Pengarang :