Imej komputer yang dihasilkan oleh Nexu Science Communication bersama Kolej Trinity College di Dublin menunjukkan struktur model betakoronavirus, yang dikaitkan dengan Covid-19, dikongsi bersama REUTERS pada 18 Februari 2020.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19 catat 432 kes, tertinggi sejak penularan virus

SHAH ALAM, 5 OKT: Sebanyak 432 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan virus itu.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 429 kes membabitkan penularan tempatan manakala tiga lagi kes import. Keseluruhannya, sebanyak 12,813 kes direkodkan setakat ini.

“Daripada 429 kes penularan dalam negara, 409 kes membabitkan warganegara sementara baki warga asing. Sebanyak 224 kes dikesan daripada Kluster Tembok iaitu penjara di Kedah.

“Sebanyak 29 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September ialah 235 kes,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 57 pesakit berjaya sembuh dengan keseluruhan yang pulih ialah 10,340 kes. Tiada kematian dicatatkan dan jumlah yang maut kekal 137 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 32 kes dirawat di unit rawatan rapi dan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes penularan Covid-19 dalam negara:

1. Sabah: 130 kes
– 57 kes saringan bergejala yang melibatkan 54 warganegara dan tiga bukan warganegara
– 39 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 38 warganegara dan satu bukan warganegara
– 16 kes saringan kontak rapat yang melibatkan 11 warganegara dan lima bukan warganegara
– Enam kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan lima warganegara dan satu bukan warganegara
– Tiga kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara
– Tiga kes saringan tempat kerja yang melibatkan warganegara; dua kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk yang melibatkan warganegara
– Dua kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara
– Satu kes Influenza-Like Illness (ILI) yang melibatkan warganegara
– Satu kes prapembedahan yang melibatkan warganegara

2. Kedah: 241 kes
– 224 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 215 warganegara dan sembilan bukan warganegara
– 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sintok yang kesemuanya melibatkan warganegara
– Tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang melibatkan warganegara
– Satu kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara
– Satu kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara
– Satu kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara

3. Selangor: 34 kes
– 17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara
– Sembilan kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara
– Tiga kes daripada Kluster Seri Anggerik yang melibatkan warganegara
– Satu kes daripada Kluster Benteng PK yang melibatkan warganegara
– Satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk yang melibatkan warganegara
– Satu kes bergejala yang melibatkan warganegara’
– Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 iaitu kes ke-11143 yang melibatkan warganegara
– Satu kes saringan sign off kapal yang melibatkan bukan warganegara

4. Terengganu: Lima kes
– Tiga kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Tanjung yang melibatkan warganegara
– Dua kes daripada saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 iaitu kes ke-12082 yang melibatkan warganegara

5. Kuala Lumpur: Lima kes
– Dua kes daripada Kluster Seri Setia yang melibatkan warganegara
– Dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
– Satu kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara

6. Labuan: Empat kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara

7. Johor: Dua kes
– Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
– Satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk yang melibatkan warganegara

8. Perak: Dua kes
– Satu saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
– Satu saringan kemasukan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang melibatkan warganegara

9. Putrajaya: Dua kes daripada Kluster Selasih yang melibatkan warganegara

10. Negeri Sembilan: Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara

11. Pahang: Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara

12. Melaka: Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara

13. Kelantan: Satu kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara


Pengarang :